Date: Khamis, Oktober 18, 2018

Unit Building Information Modeling (BIM), Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menganjurkan program JKR BIM Day pada 15 Oktober 2018 bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Alor Gajah, Melaka.

Program yang bertemakan BIM Mission IR 4.0 ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ir. Ab Hamid bin Md Daud, Pengarah Kanan CPAB merangkap Penasihat Jawatankuasa Program dan diteruskan dengan ucapan dan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar. Beliau juga turut berkesempatan untuk melancarkan Program Pensijilan Building Information Modeling (BIM) JKR dan Soft Launch Kursus e-Pembelajaran Pengenalan BIM serta menyampaikan sijil penghargaan kepada para pempamer.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Dr. Che Hassandi bin Abdullah, Pengarah Kanan CREaTE selaku tuan rumah penganjuran program, Pengarah-pengarah Kanan dan Pengarah dari Ibu Pejabat JKR serta JKR Negeri.

Objektif program yang diadakan secara dwi tahunan ini adalah untuk memberikan pendedahan secara berterusan kepada peserta berkaitan perkembangan semasa pelaksanaan BIM di dalam industri pembinaan. Seramai 400 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada para pegawai JKR, serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak akademik dan swasta.

Sebanyak tujuh (7) kertas pembentangan telah disampaikan oleh para penggiat industri pembinaan dan akademik seperti berikut:
National BIM Initiatives oleh Rofizlan b Ahmad, CIDB eConstruct Services Sdn Bhd

  1. Next Generation of BIM 360 oleh John Rivas, Autodesk Asia Pte. Ltd.
  2. Government Strategies in Diffusion of BIM Implementation in Malaysia oleh Dr. Afifuddin Husairi b Hussain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  3. BIM in Asset Management oleh Ahmad Sha’rainon b Md Shaarani, Microcorp Sdn Bhd.
  4. Sime Darby Property’s BIM Journey oleh Zulkarnain b Hassan, Sime Darby Property Berhad.
  5. BIM Project Implementation on Darul Iman Tower: Lesson Learnt of Project Learning and Practice oleh Dr. Ahmad Tarmizi b Haron, UMP Holdings Sdn Bhd
  6. BIM Project Experience oleh Abi Sarwan Mazran b Ibrahim, 3DTech Parametric Sdn. Bhd.

Selain sesi pembentangan, sebanyak sembilan (9) reruai atau booth pameran telah dibuka oleh pempamer di sepanjang program yang terdiri daripada Unit Building Information Modeling (BIM) CPAB, MyBIM CIDB, MyIBS CIDB, UMP Holdings Sdn Bhd, 3DTech Parametric Sdn Bhd, Microcorp Sdn Bhd, Trimble Solution Sdn Bhd, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Sinar BIM Sdn Bhd.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman para peserta untuk menjayakan pelaksanaan BIM di peringkat jabatan dalam menghadapi cabaran era revolusi industri pembinaan IR 4.0.

Disediakan oleh,

Unit Building Information Modeling (BIM)
Bahagian Pengurusan Projek Kompleks
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia