Date: Jumaat, Oktober 22, 2021

Program JKR Greenday 2021 bertemakan Construction Industry towards Sustainable Development Goals telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2021 (Khamis) secara dalam talian; selaras dengan norma baharu penganjuran program. Ini adalah buat julung kalinya program seumpama ini dijayakan bersempena Hari Alam Sekitar Negara yang disambut pada 21 Oktober setiap tahun.

JKR Greenday 2021 adalah anjuran bersama oleh Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Malis Perasmian JKR Greenday 2021 yang disiarkan secara langsung melalui saluran Facebook Live JKR Malaysia telah dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan manakala Ucapan Aluan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Program pembentangan ini telah disiarkan melalui aplikasi webex dan telah dihadiri seramai 244 peserta dari kalangan warga JKR, agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang telibat dengan sektor pembinaan; termasuk juga institusi pendidikan. Terdapat lima orang pembentang yang dijemput bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman merangkumi tajuk seperti:

1.      Renewable Energy & Energy Efficiency in Achieving Sustainable Development Goals in Construction – Dato’ Dr. Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng

2.      Roadmap to Sustainable Development Goals: A Mechanical Engineer's Perspective - Ir. Dr. Mohamed Azly bin Abd Aziz

3.      Greening Post -Covid: Re-Engaging in Light, Air and Water in Passive Architecture and Urban Design - Dr. Puteri Shireen Jahn Kassim

4.      Climate Change Scenario. Why It Matters? - Venu Mahendra M.

5.      Sustainable Construction Procurement - Dr. Khairusy Syakirin Has-Yun Bin Hashim

Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat maklum balas yang positif dari pelbagai pihak khasnya dari warga JKR dan pelayar di laman facebook amnya. Melalui program JKR Greenday 2021, adalah diharapkan agar dapat memberikan kefahaman mengenai penerapan elemen kelestarian dan teknologi hijau yang terkini dalam industri pembinaan seterusnya meningkatkan kesedaran kepentingan pembangunan lestari dan elemen hijau dalam industri pembinaan di samping melahirkan lebih ramai pegawai JKR dalam kepakaran berkaitan kelestarian.

Perasmian oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan

 

Ucapan Aluan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

 

Gambar-gambar Sesi Pembentangan Semasa Seminar JKR Greenday 2021