Date: Isnin, Ogos 12, 2024

JKR Malaysia telah merangkul Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah Paling Responsif (Peringkat Agensi Kerajaan) dengan catatan kutipan darah yang berjaya dicapai sebanyak 2,076 beg darah di sepanjang penganjuran Kempen Derma Darah sehingga bulan Disember 2023. Anugerah ini telah disampaikan semasa sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Ke-20 yang telah diadakan pada 10 Ogos 2024 yang lalu di Auditorium Pusat Darah Negara (PDN).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anugerah ini telah disampaikan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).

Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK selaku penganjur dengan kerjasama PDN, KKM telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah pada setiap tahun dan kutipan beg darah berjaya dikumpul melepasi sasaran, hasil daripada kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada warga JKR dan penghuni keseluruhannya.

Program murni ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk membantu PDN meningkatkan stok bekalan  di hospital Kerajaan dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh warga JKR yang sangat prihatin ke atas situasi semasa, iaitu membantu menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Tahniah dan syabas kepada penganjur dan semua hero yang tampil menderma darah! Tahniah JKR Malaysia!