Date: Rabu, Jun 14, 2023

JKR Malaysia telah berjaya memenangi tiga (3) pingat iaitu dua Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa di Penang International Invention Innovation and Design (PIID2023) yang telah berlangsung pada 16 sehingga 18 Mei 2023 di Cawangan UiTM Pulau Pinang.

Peserta dalam pertandingan ini melibatkan kolaborasi antara Penyelidik Makmal Penyelidikan Struktur & Konkrit, dan Alam Sekitar (MPSKAS), Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tiga anugerah inovasi yang telah dimenangi adalah:

Anugerah Perak

1) Transform Construction with ECO-CLSM, Powered by Recycled Concrete and Expanded Perlite.

2) Revolution Construction: Eco Friendly Concrete Wall Panels with Recycled Fine Aggregate

Anugerah Gangsa

1) Building a Sustainable Future: Unveiling the Potential of Recycled Concrete in Wall to Wall Connection

Jutaan tahniah dan syabas kepada para peserta di atas kemenangan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JKR untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi, yang pastinya dapat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.