Date: Rabu, Jun 8, 2022

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah menjalinan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dalam bidang kejuruteraan Rel.

Pada 19 Disember 2018, pihak Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi meningkatkan peluang kerjasama dalam kemajuan kerjaya di kalangan warga JKR.  MoA tersebut melibatkan perjanjian kerjasama dalam program Penempatan Strategik Staf UTHM di Jabatan Kerja Raya Malaysia dan program Sarjana Sains Kejuruteraan Pengangkutan Rel secara sepenuh masa. 

Pada 21 Mei 2022, seramai 21 pegawai JKR telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Sains Kejuruteraan Rel.  Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR), YBhg. Ir. Razhiah Binti Wahab, Pengarah Kanan CREaTE, YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat dan Tuan Ir. Mohd Nasir Bin Hj. Bontat, Timbalan Pengarah JKR Johor. Skrol graduan telah disampaikan sendiri oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM di UTHM Kampus Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan juga kepada seluruh warga akademik dan JKR serta pihak CREaTE yang berusaha memastikan semua yang terlibat mencapai kejayaan ini.  Semoga usahasama program Sarjana JKR-UTHM ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

Gambar: Y. Bhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR) dan Yang Berusaha Profesor Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM Johor bersama Pengurusan Tinggi JKR dan Ahli Senat UTHM, Pensyarah beserta 21 Kakitangan JKR yang Berjaya menamatkan pengajian Master Science in Railway Engineering di UTHM, Johor

Ir. Ts. Dr. Raha, (tengah) sebagai Penyelaras Program UTHM Bersama Pegawai JKR Yang Mengikuti Program Master Sains Railway Engineering