Date: Rabu, November 22, 2023

Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam julung kalinya telah memulakan inisiatif untuk memberikan peluang dan ruang kepada pegawai kerajaan melanjutkan pengajian secara Hadiah Latihan Separa Biasiswa In – House (HLPSB In – House) atau lebih dikenali dengan erti kata lain iaitu Bekerja Sambil Belajar dalam bidang Sarjana Pengurusan Risiko Bencana (Master in Disaster Risk Management) bagi tahun pengajian 2021-2023.

Seramai 18 orang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengikuti program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) – In House tersebut yang telah bermula dari 18 Oktober 2021 sehingga 29 Mac 2023 yang lalu. Kesemua pegawai telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan telah dianugerahkan sarjana dalam majlis konvokesyen ke 67 UTM pada 19 November 2023 (Ahad) yang lalu. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (TKPKR) dan YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat. Skrol graduan telah disampaikan sendiri oleh YBhg. Tan Sri Dr. Salleh Bin Mohd. Nor, Pro-Canselor UTM.

Pihak Jabatan Kerja Raya merakamkan ucapan setinggi – tinggi penghargaan kepada pihak MJIIT - UTM yang berjaya menghasilkan para graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi khususnya para graduan daripada Jabatan Kerja Raya dalam membentuk Gagasan Malaysia Madani di masa akan datang.

Di kesempatan ini, pihak Jabatan Kerja Raya juga berharap agar kolaborasi ini dapat diteruskan dalam aspek penyelidikan dan pembangunan insan khususnya di Jabatan Kerja Raya.

Senarai penuh nama pegawai yang mengikuti program ini adalah seperti berikut:

Bil.

Nama

Disiplin

Gred Jawatan

1.

AHMAD ZAIDI BIN MAT SAID

Awam

J54

2.

NURSALBIAH BINTI HAMIDUN

Awam

J54

3.

NARISHAH BINTI JAAFAR

Awam

J52

4.

Ir. MAHALIL BIN MOHTAR

Awam

J52

5.

BERNARD TOIDES

Awam

J52

6.

ROSMUNIRA BINTI ZUKKAFLI

Awam

J48

7.

NOR JAHILAWATI BINTI MOHD

Awam

J48

8.

Ir. ASIAH BINTI ISMAIL

Awam

J48

9.

Ir. WAN FATIMAH BINTI WAN MUHAMAD

Elektrik

J48

10.

Ir. MOHAMED LOKMAN HAKEM BIN ABD RAHMAN

Elektrik

J48

11.

Ir. AIZATUN NASYIEEN BINTI YAAKUB

Awam

J44

12.

AINILHUSNA BINTI MOHD SHARIR

Awam

J44

13.

LEONARD CHUA YAW CHOON

Awam

J44

14.

NOR HIDAYAH BINTI MOHD YUSOF @ SUTRIS

Elektrik

J44

15.

NURULILYANI BINTI ISA

Elektrik

J44

16.

Ar. NORASHYIKEN BINTI AZALI

Arkitek

J44

17.

Ar. HAMIYZAH BINTI ISA

Arkitek

J44

18.

MOHAMMAD NASOHA BIN NASRI

Ukur Bahan

J44

 

utm jkr konvo

utm jkr konvo

Buku konvonkesyen kali ke 67

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:70148c6e-4d2c-4c1d-9027-daa89a452f46 (link is external)

 

FB live (UTM)

https://fb.watch/opunZqOCCd/?mibextid=6aamW6 (link is external)

 

Klik disini untuk melihat video terima sijil