Pada 16-18 Ogos 2024 Penganjuran Karnival Sukan JKR Se-Malaysia 2024 (SURYA 2024) telah berlangsung dengan jayanya di Arena Sukan Kuala Lumpur.
Bertemakan ‘Semarak Bersama’ Majlis Perasmian SURYA 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya pada jam 9.00 malam, 16 Ogos 2024 dengan penyertaan sekitar 2,250 atlet melibatkan pelbagai kontinjen JKR Negeri termasuk daripada pegawai Kader JKR.
Antara objektif utama penganjuran SURYA 2024 adalah bagi memupuk gaya hidup yang sihat disamping menyemarakkan lagi perpaduan dikalangan warga JKR seluruh negeri.
SURYA 2024 memperlihatkan sebanyak dua belas (12) sukan dan permainan telah dipertandingkan berbanding lapan (8) semasa di SURYA 2022 Johor. Sukan dan permainan yang dipertandingkan tahun ini adalah bola sepak, ping-pong, bola jaring, golf, bowling, futsal, e-sport, bola tampar, badminton, sepak takraw, dart, carom, e-sport dan futsal.
Kemuncak karnival sukan ialah perlawanan akhir bola sepak di antara JKR Ibu Pejabat dan JKR Sabah yang dimenangi oleh JKR Ibu Pejabat melalui penentuan sepakan penalti.
Majlis Penutup SURYA 2024 yang telah berlangsung di Dewan Arena Sukan Kuala Lumpur dimulai dengan acara penyampaian pingat kepada pemenang sukan dan permainan SURYA 2024 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.
YB Timbalan Menteri turut menyampaikan piala bagi juara keseluruhan SURYA 2024 yang telah dimenangi oleh kontijen dari JKR Sabah serta mengumumkan JKR Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi SURYA 2026.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang, semua kontijen negeri, pengurus sukan, jurulatih-jurulatih, pihak urusetia dan semua penyokong yang hadir memberi semangat dan memeriahkan SURYA 2024 ini.
Sekalung apresiasi dan penghargaan kepda JKR Putrajaya dan JKR WPKL, selaku Tuan Rumah bagi SURYA 2024.
Insha Allah, kita jumpa di SURYA 2026 Sarawak
- 1401 bacaan