Date: Rabu, Januari 19, 2022

Tahniah diucapkan kepada Sr Dr. Wan Azlina Binti Ibrahim dan Sr Khairil Nisaak Binti Osman dari Cawangan Kontrak & Ukur Bahan kerana kejayaan menjadi Commentators untuk penerbitan CIDB Construction Law Report 2020 (Summary of 2020 Written Judgements & Lessons Learnt) - 2021 Edition terbitan Construction Industry Development Board Malaysia (2021).

 

Sr Dr. Wan Azlina Binti Ibrahim merupakan Juruukur Bahan Penguasa Kanan di CKUB yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Undang-undang. Manakala Sr Khairil Nisaak Binti Osman adalah merupakan Juruukur Bahan Penguasa CKUB yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Construction Law and Dispute Resolution.

 

Semoga penglibatan pegawai JKR dalam bidang penerbitan dapat membantu dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.