Date: Rabu, March 12, 2025

Pada awal pagi hari ini, 12 Mac 2025 (Rabu) JKR Malaysia dikejutkan dengan berita insiden kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres di KM 245.5 Lebuhraya PLUS dari arah Selatan ke Utara.

Untuk makluman, insiden ini turut melibatkan beberapa warga JKR Malaysia yang juga penumpang bas ekspres tersebut. Difahamkan semua warga yang terlibat dalam keadaan selamat dan berada dalam keadaan baik. 

Seluruh warga JKR Malaysia turut berdukacita di atas insiden kemalangan ini dan berharap agar semua yang terlibat dipermudahkan urusan.