Date: Jumaat, March 1, 2024

Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah pada 29 Februari 2024 (Khamis), bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebanyak 111 beg darah berjaya dikumpul melepasi sasaran, hasil daripada kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada warga JKR dan penghuni, antaranya pihak Pengurusan Bangunan (FM) dan Pengawal Keselamatan.

Program murni ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk membantu PDN meningkatkan stok bekalan  di hospital Kerajaan. Hebahan bagi menjayakan program kempen ini telah diadakan sebulan lebih awal dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh warga JKR yang sangat prihatin ke atas situasi semasa, iaitu membantu menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Kempen ini turut diserikan dengan gimik serahan blood bag oleh YBhg. Datuk Sr Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), disaksikan oleh YBrs. Puan Maimunah binti Zakariah, Ketua Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) kepada Pegawai Perubatan bertugas sebagai simbolik kerjasama sosial dari JKR Malaysia.

Selain itu, program ini turut mendapat kerjasama dari Institut Jantung Negara (IJN) yang telah memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga JKR dan turut berlangsung, ceramah kesihatan bertajuk ‘Tabiat Menghisap Rokok Elektronik’ yang dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK.

Tahniah dan syabas kepada penganjur dan semua hero yang tampil menderma darah!