Date: Jumaat, Ogos 4, 2017

Kick off meeting bagi Penyemakan Semula Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti (PTPI) JKR Tahun 2018-2020 di antara YBhg. Dato' Sri KPKR, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha bersama Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff telah diadakan pada 3 Ogos 2017.

Ini bagi langkah permulaan membangunkan PTPI JKR 2018-2020 bagi menggantikan PTPI JKR 2016-2017. Bengkel ini akan diadakan di Institut Integriti Malaysia pada 9-10 Ogos 2017 dengan dihadiri oleh SEMUA Pegawai Integriti Cawangan & JKR Negeri.

Semoga PTPI JKR 2018-2020 ini dapat meningkatkan warga JKR mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.