Date: Rabu, September 6, 2023

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program tahunan iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023 dengan penuh gilang gemilang pada 30 Ogos 2023 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi di dalam kalangan warga JKR, dan seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya, serta jabatan khususnya.

Bertemakan Together We Ignite Innovation”, Konvensyen KIK JKR pada tahun ini melibatkan 366 orang peserta daripada 45 kumpulan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah. Kesemua kumpulan telah membentangkan inovasi masing-masing secara fizikal di hadapan panel penilai pada 24 hingga 28hb Julai 2023. 20 kumpulan telah menampilkan inovasi di bawah Kategori Teknikal, manakala 25 kumpulan telah mempertaruhkan inovasi di bawah Kategori Pengurusan.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, dan Pengarah Kanan CREaTE,  YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman.

Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan iaitu:

  1. Inovasi (Kategori Teknikal);
  2. Inovasi (Kategori Pengurusan);
  3. Poster Terbaik (Kategori Teknikal);
  4. Poster Terbaik (Kategori Pengurusan);
  5. Video Boomerang Terbaik (Kategori Teknikal);
  6. Video Boomerang Terbaik (Kategori Pengurusan); dan
  7. Anugerah Penyertaan Terbanyak

 

Johan Inovasi bagi kategori teknikal dan pengurusan akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi, mockup cheque edisi khas, dan sijil penganugerahan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penganugerahan. Manakala, pemenang bagi kategori lain menerima sijil penganugerahan.

Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :

INOVASI (KATEGORI TEKNIKAL)

Anugerah

Nama Kumpulan

Pejabat

Tajuk

JOHAN

MeCHJ

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor

K-Lack

NAIB JOHAN

BISON SIX

JKR Daerah Hilir Perak

Polidra-C

TEMPAT KE-3

PUTRAGEN

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Wuduk Regen Water System (SiRAS)

 

INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN)

Anugerah

Nama Kumpulan

Pejabat

Tajuk

JOHAN

J-TEC

Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor

Fast Action Complaint (FACT)

NAIB JOHAN

MOSEB

Cawangan Arkitek

Template Reka Bentuk Sekolah Modul BIM Fleksi (TemFlex)

TEMPAT KE-3

C.O.C

Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Healthfac Contractor Screening System (HCSS)

 

POSTER TERBAIK (KATEGORI TEKNIKAL)

Nama Kumpulan

Pejabat

G-PRAZZ

JKR Daerah Jelebu

JASARIA

JKR Daerah Marang

E-SENSE

Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan

 

POSTER TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN)

Nama Kumpulan

Pejabat

Be.Meta

Cawangan Arkitek

J-SM@RT

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor

THE METAMORPHIC

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik

 

VIDEO BOOMERANG TERBAIK (KATEGORI TEKNIKAL)

Nama Kumpulan

Pejabat

NUCIFERA

JKR Daerah Bagan Datuk

J-FORCE

JKR TUDM Subang

S - DEPro

JKR Daerah Rompin

 

VIDEO BOOMERANG TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN)

Nama Kumpulan

Pejabat

N9-CORPMO

JKR Negeri Sembilan

PAVELLIANCE

Cawangan Senggara Fasiliti Jalan

SPECSURGEON

Cawangan Kejuruteraan Elektrik

 

ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK

Pejabat

Bilangan Penyertaan

Kategori Penyertaan

JKR Negeri Perak

7 Penyertaan

6 Teknikal, 1 Pengurusan

 

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang, penerima anugerah dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023.