Jom kita sama-sama saksikan Kumpulan Endokarpa daripada JKR Daerah Bagan Datuk beraksi pada sesi pembentangan peringkat akhir produk inovasi 4MIX di Program Innovathon Musim Ke-2 pada 18 Januari (Sabtu) 2025 jam 9.00 Malam di Saluran Astro Ria 104.
Program Innovathon merupakan program realiti TV berteraskan Sains, Teknologi & Inovasi untuk memberi ruang dan peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk membentangkan inovasi yang dipersembahkan. Program Innovathon Kembali untuk musim kedua bagi mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersaing dalam pertandingan inovasi yang berprestij ini. Program ini inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi dengan Kerjasama Astro Malaysia.
Program ini telah bermula sejak 30 November 2024 setiap Sabtu jam 9.00 Malam di saluran Astro RIA.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 648 bacaan