Kunjungan hormat delegasi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA telah diadakan pada 12 Oktober 2023 (Khamis). Delegasi UniSZA turut dihadiri bersama oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Pengarah Hospital Pengajar UniSZA YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif serta Pengarah Pusat Pengurusan Harta Benda , YBrs. Ir. Mohd Hassan bin Ahmad.
Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di Aras 33, Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool. Turut menghadiri Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) YBhg. Dato' Ir. Dr. Balamurugan a/l A. Gopal, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (CDPK) Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin serta Pengarah (menjalankan tugas) Pasukan Projek Khas 1 (PPK1) , YBrs. Suzzana binti Punari.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan bersama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana. Perbincangan melibatkan projek Kompleks Sukan Kampus Gong Badak dan Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA Kampus Gong Badak.
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
- 1389 bacaan