Date: Rabu, November 6, 2024

KUALA LUMPUR, 05 November 2024 - Satu sesi kunjungan hormat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ke Pejabat YDH CP Dato' Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Tahun 2024 yang merupakan program peringkat kebangsaan yang disambut secara tahunan.

Delegasi JKR Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), Ibu Pejabat JKR Malaysia. Turut hadir sama adalah YBhg. Dato' Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang bersama-sama pegawai - pegawai daripada JKR Malaysia dan JKR Negeri Pulau Pinang.

Dalam kunjungan hormat ini, antara yang dibincangkan adalah :-

  1. Pemakluman dan jemputan penglibatan PDRM (kaunter bayaran saman);
  2. Permohonan pengurangan saman trafik sempena HPTN 2024; dan
  3. Jemputan ke PDRM sempena HPTN 2024.

Semoga kunjungan ini dapat menyemarakkan lagi sambutan HPTN 2024 yang bakal diadakan di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang pada 11 hingga 12 Disember 2024 ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
 
#HPTN24 #HPTN2024 #HPTN2024Penang #HPTN24Penang