Pada 2 Februari 2025, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Turut diiringi bersama YBrs. Ir. Haji Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal; YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Pengarah Kerja Raya Terengganu; YBrs. Ir. Janari bin Sekeli, Jurutera Awam Penguasa Kanan dan Ir. Dr. Mardhiyah Syahida binti Berhanudin, Pegawai Khas Ketua Pengarah Kerja Raya.
Kunjungan hormat ini merupakan satu peluang yang sangat berharga bagi membincangkan beberapa input dua hala antara Negeri Terengganu dan JKR Malaysia demi kemaslahatan kepada rakyat.
Seterusnya YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya juga mengadakan sesi libat urus bersama pengurusan JKR Terengganu yang telah diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 12, Wisma Negeri Terengganu.
- 715 bacaan