Date: Rabu, March 12, 2025

Pada 11 Mac 2025, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Wira Zailani bin Hj. Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. Turut mengiringi beliau adalah YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan YBrs. Ir. Hj. Wan Hamdan bin Wan Ahmad, Pegawai Penguasa Fasiliti, Pasukan Projek Fasiliti Istana Negara.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara Pengurusan Atasan JKR Malaysia dan pentadbiran Istana Negara, dalam masa sama sebagai tanda penghormatan jabatan kepada mercu tanda sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan Malaysia.  Segala fasiliti di Istana Negara perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, sesuai dengan kedudukan premis berkenaan sebagai bangunan peringkat kebangsaan yang melambangkan kedaulatan, identiti, kebudayaan dan imej negara.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat