Date: Rabu, March 13, 2019

Pada 12 Mac 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia YBhg. Dato' Amir Bin Omar telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha di tingkat 33, Menara Kerja Raya.

Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara JKR dan pihak kementerian disamping bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu berkaitan antara kedua-dua pihak. Selain itu, turut sama membincangkan pelaksanaan projek secara "teamwork".

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Kementerian Sumber Manusia atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.