Date: Isnin, Oktober 24, 2016

Pada 20 Oktober 2016, Seramai 8 orang delegasi daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR yang diketuai oleh YBrs. Ir. Nasir bin Abdul Hamed, Pengarah Kanan CKM, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia di Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dengan pihak JKKP dan bertukar pandangan dalam isu-isu berkaitan antara kedua-dua Jabatan. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Omar bin Mat Piah, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) JKKP, yang turut disertai oleh Pengarah Bahagian Keselamatan Industri JKKP, Pengarah Bahagian Keselamatan Tapak Bina JKKP, Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Timbalan Pengarah JKKP Selangor. YBhg. Dato Ir. Mohtar bin Musri, Ketua Pengarah JKKP, juga sempat meluangkan sedikit masa bersama-sama delegasi CKM IPJKR dan mengalu-alukan kerjasama sebegini diteruskan pada masa hadapan.
Antara topik yang telah dibincangkan adalah:

1)    Kerjasama antara JKR dan JKKP untuk kepentingan bersama;

2)    Kaedah komunikasi dan perkongsian maklumat terkini antara kedua jabatan;

3)    Prestasi Firma Yang Kompeten (FYK) bagi sistem lif;

4)    Penggunaan syarikat 3rd  party untuk projek/penyenggaraan lif;

5)     Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) - Seksyen 55 (1)(a)(i); dan

6)    Isu-isu semasa dalam bidang pembinaan ke arah meningkatkan kualiti pelaksanaan projek-projek kerajaan.


Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan ke dua-dua jabatan bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama sebegini pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada JKKP atas kesudian menerima kunjungan delegasi CKM ke  Pejabat Ketua Pengarah JKKP di Putrajaya.


Barisan Delegasi CKM dan Pengurusan Tertinggi JKKP


Barisan Delegasi CKM

Ucapan aluan oleh YBhg. Dato Ir. Mohtar bin Musri, Ketua Pengarah JKKP

Barisan Pengurusan Tertinggi JKKP

Penyampaian Cenderahati kepada Timbalah Ketua Pengarah JKKP