Date: Khamis, April 7, 2022

Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah Kerja Raya Dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ke Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diadakan di Menara Kerja Raya pada 5 April 2022 (Selasa).

Delegasi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM YBhg. Dato’ Junipah binti Wandi.

Majlis dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBrs. Sr. Amran bin Haji Mohd Majid dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM YBhg. Dato’ Junipah binti Wandi yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian Aras 2 Blok G, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.