Date: Khamis, Disember 14, 2023

Pada 13 Disember 2023 (Rabu) 11.30 pagi, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima kunjungan daripada YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia bersama delegasi dari Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya.

Kunjungan YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Sr Amran bin Haji Mohd Majid serta Pengarah CDPK, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin.

Delegasi yang YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan telah dibawa melawat ke Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pejabat Menteri Kerja Raya di Menara Kerja Raya dan seterusnya diteruskan ke kafeteria Menara Kerja Kerja dimana YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan bertemu dan meluangkan masa bersama-sama warga Jabatan Kerja Raya.  

JKR Malaysia mengucapkan terima kasih kepada delegasi Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya. Semoga kunjungan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan jalinan kerjasama antara Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya di masa akan datang.

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan

YB Datuk Seri Ahmad Maslan