Date: Jumaat, Oktober 13, 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan PSL Mines, Paris telah menganjurkan Kursus Executive Short Program “Emerging Technologies in a Fast Paced Digital World” di Ecole Nationale Superieure des Mines de Paris dari 18 hingga 22 September 2023. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah terpilih untuk menghadiri kursus pendek tersebut bersama 15 orang pegawai gred JUSA C pelbagai skim.                                                                                                                    

Objektif utama kursus “Emerging Technologies in a Fast Paced Digital World” ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) seperti artificial intelligence, internet of things, dan metaverse, serta memahami impak data science untuk dimanfaatkan dalam pasaran yang dinamik dan pantas berubah, bagi memenuhi permintaan pelanggan sesuai dengan perkembangan teknologi baharu muncul khususnya dalam Revolusi Industri 5.0. Kursus berasaskan bengkel ini merangkumi sesi perkongsian ilmu dan interaksi bersama pakar-pakar dari pemain industri dan Kerajaan Perancis berkaitan teknologi baharu muncul, lawatan industri dan kajian kes di negara Perancis yang boleh diaplikasikan di Malaysia untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan dan swasta. Penekanan yang telah diberikan dalam kursus ini adalah strategi yang dirancang, melalui penggunaan teknologi IR 4.0 dan IR 5.0, dalam mencapai matlamat Sustainability Development Goals 2030 yang telah ditetapkan oleh United Nations.

Manfaat utama daripada kursus ini ialah kepimpinan digital di peringkat pengurusan atasan yang diperolehi melalui pertukaran pengetahuan dengan pakar bertauliah seterusnya, peningkatan kemahiran berhubung on-demand technology dan keupayaan untuk mencadangkan strategi serta solusi seiring dengan kepakaran pihak swasta.

eksekutif

eksekutif