Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia melalui Kelab Kebajikan dan Riadah (KKRia) telah menganjurkan Kursus Sistem JKR E-Tender (JET) Modul Reka dan Bina yang diadakan selama dua (2) hari dari 21 Ogos 2024 hingga 22 Ogos 2024 di The Everly Putrajaya. Program ini telah melibatkan 276 peserta dan 12 syarikat pembekal.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan dimeriahkan dengan kehadiran Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Sr Rogayah binti Yunus, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Sr Roslan bin Ahmad, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Riadah, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Datuk Wira KPKR juga telah sudi meluangkan masa melawat ke 12 buah reruai yang telah menyertai kursus ini.
Kursus JKR E-Tender (JET) Modul Reka dan Bina yang dianjurkan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan modul baharu Reka dan Bina bagi Sistem JKR E-Tender (JET). Selain itu, para peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai tatacara penggunaan dan lesson learnt dalam penggunaan Sistem JET secara keseluruhannya.
Kursus ini terbahagi kepada dua (2) sesi utama iaitu taklimat penggunaan dan Latihan amali Modul Reka dan Bina yang merangkumi perkara-perkara berikut:-
- Taklimat Proses Pra-Kelayakan
- Taklimat Proses Pra-Bida
- Lesson Learnt
- Latihan Kepenggunaan Sistem JKR E-Tender
Sesi terakhir bagi kursus ini adalah taklimat daripada penceramah jemputan iaitu En Ahmad bin Lolam, Penolong Pengurus Kanan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Sesi taklimat tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta berkaitan dengan pendaftaran kontraktor yang melibatkan pihak CIDB.
Jutaan terima kasih kepada kesemua peserta dan pembekal yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
- 632 bacaan