Date: Jumaat, November 29, 2024
Pada tahun ini, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij yang melibatkan aspek pengurusan informasi dan teknologi maklumat, antaranya:
- Penganugerahan persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd pada 20 November 2024 sempena program JKR Cyberday 2024.
- ISMS mampu membawa perkhidmatan pengurusan projek JKR kearah sistem penyampaian digital yang bukan sahaja cekap dan terautomasi namun boleh beroperasi dalam keadaan baik, selamat dan terkawal.
- Tempoh sah laku persijilan ini adalah selama tiga tahun iaitu bermula dari 11 November 2024 sehingga 10 November 2027.
- JKR Malaysia juga berjaya meraih anugerah Best Public Sector Green Data Center Award, dan sekaligus merangkul anugerah utama keseluruhan iaitu Best of The Best Green Data Center Award oleh Malaysia Industry – Government Group for High Technology.
Semoga dengan kejayaan yang diperolehi ini menjadi pemacu ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan jabatan.
#IamJKR#KitaJKR#JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 669 bacaan