Permohonan Latihan Industri
Permohonan Latihan Industri Secara Online:
a. Pemohonan ini adalah bagi pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Ibu Pejabat JKR Negeri dan JKR Daerah (kecuali JKR Selangor, JKR Johor, JKR Perlis, JKR Sarawak dan JKR Sabah). Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan/Swasta.
b. Pelajar peringkat Sijil yang ingin mengikuti latihan industri di Ibu Pejabat JKR Negeri atau JKR Daerah perlu mengemukakan surat permohonan pelajar terus ke pejabat JKR berkenaan dan tidak perlu memohon melalui Sistem Internship JKR.
c. Permohonan hanya akan diproses tiga (3) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri. Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.
d. Pemohonan boleh dibuat melalui capaian di https://internship.jkr.gov.my/ (link is external)
e. Dokumen yang perlu disertakan semasa pengisian secara online di capaian di atas adalah:
i. Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi / Universiti
ii. Resume Pelajar
iii. Transkrip akademik
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan urusetia Latihan Industri di talian:
Nama | Nombor Telefon | |
Kim a/p Lon | 03-2618 8489 | kim [at] jkr.gov.my |
Pn. Noraini Binti Kamaludin | 03-2618 8489 | norainik [at] jkr.gov.my |
Alamat Pejabat :
- 206913 bacaan