Date: Rabu, Mei 18, 2016
18 Mei 2016 - Latihan Kebakaran untuk Menara Kerja Raya (Blok G), JKR Malaysia telah diadakan tepat pada jam 10.00 pagi. Tujuan latihan kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan memastikan keseluruhan penghuni/warga kerja di Menara Kerja Raya ini berpengetahuan dan berpengalaman dalam menghadapi kecemasan kebakaran sebenar.Selain itu ia bertujuan untuk menghalang atau mengawal trauma dikalangan warga yang menggunakan bangunan ini.
 
Penglibatan Latihan kebakaran ini melibatkan setiap individu yang berada di dalam dan sekitar kawasan bangunan merangkumi kesemua kakitangan warga JKR, pelawat,tetamu,
kontaktor dan sesiapa sahaja yang berada di dalam dan di sekitar bangunan.
 
Semoga dengan pelaksanaan latihan kebakaran yang pertama di Menara Kerja Raya ini akan menjadi pengajaran dan titik tolak kepada perlaksanaan keselamatan, kesihatan dan pekerjaan di Menara Kerja Raya.