Date: Rabu, March 22, 2023

Pada 20 Mac 2023 (Selasa), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima lawatan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang diketuai oleh Puan Rene Harlene Binti Drahman berserta 18 orang pegawai-pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang lain.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman Jabatan Kerja Raya dalam pelaksanaan dan pembangunan sistem kompetensi serta kemajuan kerjaya pakar bidang khusus SME di JKR

Program lawatan bermula dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Delima 1, Aras 1, Menara Kerja Raya yang dipengerusikan oleh Ir. Janari bin Sekeli, Ketua Bahagian Perkhidmatan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK). Sesi ini juga dihadiri oleh 2 orang pegawai dari CREATE.

JKR Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia di atas lawatan tersebut dan berharap ianya telah mencapai tujuan lawatan.