Date: Selasa, Disember 10, 2024

Pada 28 & 29 November 2024, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Cawangan Arkitek telah mengatur kunjungan lawatan kerja pasukan JKR Negeri Sarawak ke Ibu Pejabat JKR, Menara Kerja Raya dan bangunan Parcel F, Presint 1, Putrajaya sebagai persediaan kepada JKR Negeri Sarawak untuk merancang reka bentuk bangunan baharu Wisma JKR Negeri Sarawak secara kaedah Building Information Modelling (BIM) .

Lawatan kerja ini terdiri daripada pasukan reka bentuk JKR Negeri Sarawak termasuk perunding projek yang telah dilantik khusus untuk mereka bentuk bangunan baharu Wisma JKR Negeri Sarawak. Lawatan ini turut melibatkan individu penting projek terdiri daripada arkitek perunding projek, pengurus FM dan pasukan pereka bentuk.

Lawatan ini memberi fokus kepada elemen binaan bercirikan lestari bagi tujuan mengadaptasi reka bentuk bercirikan teknologi hijau dan pengurusan bangunan pintar. Lawatan kerja selama 2 hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak-pihak berkepentingan.

JKR Sarawak turut menyampaikan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Cawangan Arkitek terutama Bahagian Kepakaran Seni Bina (BKSB) kerana berjaya menguruskan dalam masa yang amat singkat sesi lawatan kerja ini.

Kerjasama padu daripada pasukan JKR WPP, CASKT, FM CDPK & Pengurus FM Parcel F, di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat