Date: Jumaat, September 9, 2016

09 September 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan  bin Md Taha telah mengadakan lawatan ke JKR Daerah Alor Gajah Melaka sebagai sebahagian daripada program Lawatan Dato’ Sri KPKR ke  ‘1 Negeri, 1 Daerah’ di seluruh negara pada tahun ini. 

Program lawatan ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR. Program bermula tepat jam 9.00 pagi dengan ketibaan YBhg. Dato’ Sri KPKR di Pejabat Jurutera Daerah JKR Alor Gajah, Melaka diiringi oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YM Ir. Raja Fairol Farouk bin Raja Abd Assiss, Pegawai Khas KPKR dan Nik Muhammad Hafiz bin Nik Ab Rashid, Pegawai Khas KPKR. Rombongan Dato’ Sri KPKR telah disambut oleh Ir. Zainudin bin Hamid, Ketua Penolong Pengarah memangku Pengarah Kerja Raya Negeri Melaka, En. Zulkepli bin Yahya, Jurutera Daerah Alor Gajah dan juga seluruh kakitangan JKR Alor Gajah.

Program diteruskan dengan Taklimat ringkas aktiviti/projek di JKR Alor Gajah yang telah disampaikan oleh Tn. Jurutera Daerah Alor Gajah dan seterusnya penyampaian amanat kepada kakitangan JKR Alor Gajah oleh YBhg. Dato’ Sri KPKR. Antara amanat yang disampaikan adalah:

  • Melaksanakan kerja dan tugasan yang diberikan dengan baik dan berintegriti.
  • Warga kerja JKR juga perlu bersama-sama menjaga kebersihan pejabat dan menjadikannya sebagai amalan oleh setiap kakitangan.
  • Setiap pelaksanaan tugas dan kerja yang dipertanggungjawabkan wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan, mendokumentasikan segala proses kerja dan sebaik-baiknya setiap keputusan atau tindakan yang diputuskan seharusnya dibuat dalam bentuk jawatankuasa.
  • Bekerja sebagai satu pasukan agar kegemilangan JKR dapat dikembalikan.
  • Warga JKR memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ dengan menyiasat aduan oleh orang awam samaada ianya betul atau palsu.
  • Melaksakan kerja dengan jujur dan amanah kerana ianya merupakan satu ibadah.

Majlis berakhir dengan Lawatan ke Centre of Excellence for Engineering and Technology (CREaTE) dan juga ke tapak projek/lokasi jalan bermasalah disebabkan korekan/aktiviti oleh Syarikat Utiliti di Simpang Londang ke Pekan Lubok Cina, Masjid Tanah Alor Gajah Melaka.

Semoga Program Lawatan oleh Dato’ Sri KPKR ini akan meningkatkan hubungan dan persefahaman semua warga JKR demi mencapai kesepakatan yang diharapkan.