Date: Rabu, March 27, 2024

21 Mac 2024 - Satu Lawatan Penanda Aras daripada Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke Menara Kerja Raya (Blok G), JKR Malaysia berkaitan penerapan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di dalam  perolehan kerja. Lawatan kerja ini telah dihadiri seramai enam (6) pegawai JKKP yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan, Ir. Dr. Nor Halim bin Hasan.

Objektif Lawatan Penanda Aras ini adalah untuk mendapatkan input berkaitan penerapan KKP yang telah dilaksanakan oleh JKR bersama pihak kontraktor di dalam Sistem Perolehan Kerajaan. Sesi perkongsian idea serta perbincangan telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat iaitu Lt. Kol Bersekutu (PA) Ir. Haji Abdul Rani bin Harun.

Semoga perkongsian maklumat antara pegawai JKR Malaysia dan pegawai JKKP ini dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama yang erat serta amalan terbaik bagi pelaksanaan KKP di semua peringkat perolehan di sektor awam sebagai peneraju kepada pembentukan budaya kerja sihat dan selamat.