Date: Jumaat, Jun 23, 2023

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Jabatan Kerja Raya Malaysia khususnya Menara Kerja Raya (Blok G) telah diadakan pada 22 Jun 2023. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan EKSA di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai penanda aras bagi memperolehi pensijilan EKSA di Bahagian Kaunseling UPM.

Lawatan ini disambut baik oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Urus Setia Induk EKSA bagi Ibu Pejabat JKR Malaysia. Satu taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA di Ibu Pejabat JKR Malaysia telah disampaikan oleh pihak Urus Setia dan disusuli dengan lawatan ke ruang pejabat yang terpilih iaitu Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan Cawangan Kerja Kesihatan untuk melihat pelaksanaan EKSA di Menara Kerja Raya (Blok G) sebagai bangunan contoh.

Akhir sekali, pihak Urus Setia Induk EKSA Ibu Pejabat JKR Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai yang hadir dan berharap atas perkongsian yang telah disampaikan dapat mencapai matlamat dan perancangan pihak Bahagian Kaunseling UPM untuk memperolehi pensijilan EKSA kelak.