Pada 23 Januari 2025 telah berlangsung Sesi Lawatan Rasmi YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya ke Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Ketibaan YB Timbalan Menteri dan para Pegawai Kanan Pejabat Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Tn Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor bersama Ketua - Ketua Bahagian & Jurutera - Jurutera Daerah dan warga kerja Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor.
Dalam sesi lawatan ini, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan amanat kepada warga JKR Selangor untuk memastikan Sifar Projek Sakit bagi Tahun 2025 demi kesejahteraan rakyat dan turut mengucapkan tahniah kepada JKR Selangor atas pencapaian 2024.
Semasa sesi lawatan ini juga, YB Timbalan Menteri telah diberikan Taklimat Perancangan 2025 JKR Selangor yang telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor.
- 878 bacaan