Date: Selasa, March 7, 2017

Pada 6 Mac 2017 semalam, JKR Malaysia telah menerima kunjungan delegasi MOESLIM UNIVERSITY OF INDONESIA yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar seramai 35 orang. Kunjungan ini berlansung di Menara Kerja Raya yang telah dinobatkan sebagai 10 Menara Baharu terbaik di dunia oleh majalah Bussiness Insider, United Kingdom (UK) pada Oktober 2015. Kunjungan ini merupakan salah satu aktiviti di dalam program lawatan teknikal program Post Graduate mereka ke Malaysia.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Kamaluddin Bin Hj Abdul Rashid, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, JKR Malaysia. JKR Malaysia amat berbesar hati menerima kunjungan ini. Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi. Sesi diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai peranan JKR oleh YBrs. Ir Suhaili Mansor dan taklimat Menara Kerja Raya oleh Pasukan Projek.

Kunjungan disusuli dengan sesi soal jawab mengenai peranan JKR dalam pembangunan negara dan bertukar pandangan mengenai bidang kejuruteraan yang dipraktikkan oleh JKR. Sesungguhnya sesi berkenaan adalah pembuka laluan untuk hubungan yang lebih rapat di antara kedua agensi di masa hadapan. Para delegasi telah dibawa melawat sekitar Menara Kerja Raya di akhir sesi lawatan.

JKR Malaysia mengucapkan terima kasih kepada delegasi daripada Moeslim University of Indonesia kerana sudi melawat dan bertukar fikiran. Semoga jalinan ukhwah akan terus terjalin di antara dua negara berjiran ini.