Satu sesi kunjungan teknikal daripada Public Sector Engineers Special Interest Group (PSESIG), Institution of Engineers Malaysia (IEM) ke Unit Building Information Modelling (BIM), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia telah diadakan pada 28 Oktober 2024 (Isnin). Lawatan teknikal yang dihadiri seramai 18 orang ahli PSESIG, IEM ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan BIM dalam projek-projek JKR khususnya, serta hala tuju pelaksanaan BIM dalam semua projek Kerajaan amnya.
Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar, Ketua Unit BIM, CPAB manakala taklimat pelaksanaan BIM disampaikan oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai kepada para peserta yang diketuai oleh Ir. Bhupinder Singh Brar A/L Kirpal Singh Brar, Pengerusi PSESIG, IEM.
Diharapkan menerusi lawatan teknikal ini ianya dapat memberi sumber inspirasi dan persediaan kepada pihak perunding dan kontraktor dalam melaksanakan projek-projek JKR secara BIM selepas ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 479 bacaan