Date: Khamis, Mei 2, 2019

Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya telah berlangsung pada 2 Mei 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan dihadiri oleh Pengurusan Atasan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid (TKPKR Sektor Pakar), YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri (TKPKR Sektor Bangunan) dan YBrs. Ir. Ir. Zulakmal bin Haji Sufian (TKPKR Sektor Infra) serta pengarah-pengarah kanan, pengarah – pengarah cawangan & bahagian, pengarah – pengarah JKR Negeri, jurutera daerah serta warga kerja JKR yang lain. 

Antara intipati ucapan YBhg. Dato’ Sri KPKR :

1. Senario JKR pada masa kini – Untuk kekal  releven JKR perlu berubah. JKR perlu mendengar pandangan dan pendapat, pantas dan tuntas dalam membuat keputusan, berani membuat perubahan untuk terus kekal relevan.

2. Isu dan Cabaran Masa Depan
i) Bagaimanakah untuk menjadikan JKR organisasi bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan teknologi.
ii) Analogi helang yang membuat perubahan diri untuk mengekalkan kelangsungan hidup. JKR juga perlu berubah untuk kekal relevan.
iii) Cabaran IR4.0 di dalam bidang pembinaan.
iv) Isu Semasa
– Pelaksanaan projek (Persepsi negatif daripada pelanggan, JKR tidak capai kehendak pelanggan – masa, kos dan Kualiti)
– Pengurusan Aset (tidak dapat pengiktirafan daripada pelanggan)
v) Pelaksanaan AP182

3. Struktur Organisasi – Terdapat dua cadangan perubahan struktur organisasi bagi memantapkan jabatan yang akan dikaji dan diperhalusi.

4. Tenaga Kerja
i. Terdapat hampir 21 pegawai-pegawai kanan akan berpencen dan akan berlaku brain drain.
ii. Pegawai yang akan dinaikkan pangkat perlu memiliki kompetensi dan kelayakan profesional serta pengalaman yang mencukupi.
iii. Organisasi memerlukan gabungan antara pegawai muda dengan yang berpengalaman bagi melahirkan idea-idea baru.
iv. Pegawai perlu banyak membaca untuk menambah pengetahuan.

5. Proses Kerja – Pegawai perlu menilai dan mengkaji proses kerja yang boleh dipendekkan masanya.

6.Teknologi – Produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh JKR perlu dikomersialkan dan diaplikasikan dalam memudahkan/mempercepatkan proses dalam sistem kerja jabatan.