Date: Isnin, Mei 23, 2016
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya dengan tema 'Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi' telah diadakan pada 19 May 2016 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof.
 
Seramai 824 orang warga Kerja Raya dari Kementerian dan Agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015.
 
JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima. Semoga kejayaan anda menjadi pemangkin kepada rakan-rakan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang kepada agama, bangsa dan negara.