Date: Isnin, Jun 26, 2023

Seramai 690 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dari Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR 2022 pada 20 Jun 2023. Selain itu majlis turut meraikan seramai 3 orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang  (PPC) dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pegawai-pegawai daripada pelbagai jawatan dan gred yang telah mempamerkan kecemerlangan dan komitmen sepanjang tahun 2022. Para penerima APC 2022 menerima Sijil APC manakala penerima-penerima PPC 2022 menerima Sijil serta Pingat PPC, selaras dengan Keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia JKR Malaysia Tahun 2023.

Bagi penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), pegawai dinilai dari aspek sumbangan meliputi tugas-tugas rasmi serta penyertaan dan pencapaian dalam aktiviti-aktiviti di luar tugas rasmi. Anugerah PPC merupakan satu penghargaan kepada warga JKR yang banyak menyumbang kemahiran dan kepakaran serta menunjukkan komitmen kepada tugasan-tugasan di luar waktu pejabat.

Majlis APC JKR Tahun 2022 bertemakan “Warga Cemerlang Memacu Negara Madani” telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kanan Kerja Raya pada 20 Jun 2023 (Selasa) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia. Turut hadir ke majlis ini ialah Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya,

YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Pengurusan), YBhg, Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Dasar & Pembangunan), YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool​, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Sr Amran Bin Hj. Mohd Najib, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Dato' Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Pengarah-Pengarah Kanan, serta Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri.

Tahniah buat semua penerima APC dan PPC Tahun 2022. Semoga kecemerlangan anda pada hari ini menjadi inspirasi buat warga JKR agar terus melakar kejayaan pada masa akan datang.