Date: Khamis, November 16, 2023

Majlis Apresiasi Pesara Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023 telah diadakan pada 7 November 2023 (Selasa) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya. Majlis yang dianjurkan oleh Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini adalah bagi meraikan seramai 158 pesara persekutuan yang bersara wajib dan bersara pilihan di pejabat Cawangan dan JKR Negeri. 

Majlis yang bertemakan Sekalung Budi, Seindah Kenangan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Datuk Sr Amran bin Haji Mohd Majid dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato' Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, serta Pengarah-pengarah Kanan, Pengarah-pengarah Cawangan dan Negeri.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Datuk Sr Amran bin Haji Mohd Majid dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesara atas segala sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan awam khususnya sepanjang berkhidmat di JKR Malaysia. Fasa persaraan bukanlah penghujung perjalanan kehidupan, malah ia adalah titik permulaan lembaran baharu. Semua ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh para pesara sangat tinggi nilainya kepada Jabatan. Jabatan mengucapkan selamat bersara kepada semua warga JKR yang bersara pada tahun ini.

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023

persaraan warga JKR tahun 2023