Date: Jumaat, November 29, 2024
Majlis Apresiasi Pesara Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2024 telah diadakan pada 26 November 2024 (Selasa) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya. Majlis yang dianjurkan oleh Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini adalah bagi meraikan seramai 158 pesara persekutuan yang bersara wajib dan bersara pilihan di Ibu Pejabat dan JKR Negeri.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail dan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat serta Pengarah-pengarah Kanan, Pengarah-pengarah Cawangan dan Negeri.
Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pesara atas segala sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan awam khususnya sepanjang berkhidmat di JKR Malaysia. Fasa persaraan bukanlah penghujung perjalanan kehidupan, malah ia adalah titik permulaan lembaran baharu. Semua ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh para pesara sangat tinggi nilainya kepada Jabatan. Jabatan mengucapkan selamat bersara kepada semua warga JKR yang bersara pada tahun ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#JasaKepadaRakyat
- 520 bacaan