Date: Jumaat, Oktober 27, 2023

Majlis Anugerah Autodesk-JKR ASEAN Innovation & BIM Awards 2023 anjuran bersama Autodesk dan JKR telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2023 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Program yang mengumpulkan seramai 250 orang para penggiat industri pembinaan dan pegawai JKR ini dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Majlis makan malam ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pemenang tempat pertama Anugerah BIM JKR yang diumumkan semasa program JKR BIM Day dan para pemenang Autodesk ASEAN Innovation Awards peringkat kebangsaan seperti berikut:

1. Innovator of the year Award - BIM Global Ventures

2. Cloud Advocate of the year Award - Sunway Construction Sdn Bhd

3. Better World Builder of the year Award - UTNM Resources Sdn Bhd

4. Future Pillar of the year Award - Taylor's University

5. Digital Innovation Award - Modu Solution

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan daripada para pelajar Aswara serta tiupan saksofon dan nyanyian daripada artis jemputan. Majlis diakhiri dengan lawatan reruai serta sesi penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para pempamer oleh YB Menteri Kerja Raya yang diiringi oleh tetamu kehormat.

Semoga majlis ini dapat membakar semangat dan menjadi pemangkin kepada para penggiat industri untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan bagi menyokong Dasar Pembinaan Negara 2030 dan memacu transformasi pendigitalan dalam industri pembinaan, kejuruteraan dan pengurusan aset.

 

autodesk

autodesk

autodesk

autodesk

autodesk

autodesk

autodesk