Date: Selasa, March 2, 2021

Pada 02 Mac 2021, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Encik Norazli bin Indzam, Setiausaha Bahagian dan Encik Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan.

Kunjungan YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg Datuk Ir. Razdwan bin Kasim.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian Aras 2 Blok G, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada, YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.