Date: Rabu, Disember 23, 2020

Pada 23 Disember 2020, Timbalan Menteri Perdagangan Daam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh Deligasi, Tuan Che Muni bin Mohd Nor dan Encik Mohd Foudzi bin Md Nor.

Kunjungan YBhg. Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Daam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar dan Sektor Infra.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBhg. Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Daam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah diadakan di Bilik Ketua Pengarah Aras 33, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada, YBhg. Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.