Date: Jumaat, Januari 19, 2018

Majlis Menandatangani Persefahaman antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) berkenaan Garis Panduan Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 telah diadakan pada 18 Januari 2018 bertempat di Pullman Hotels and Resorts Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan Dan Jambatan, Cawangan Jalan, YBhg. Dato’ Ir. Haji Che Noor Azeman bin Yusoff mewakili JKR dan Vice President Network Delivery, Puan Nooreha Shaarani mewakili TM dan turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Ab Aziz bin Hj. Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato’ Mohd Rais Azhar, Chief Network Services Management TM.

Persefahaman berkenaan pelaksanaan garis panduan ini hasil daripada bengkel dan beberapa siri mesyuarat antara TM, Kementerian Kerja Raya (KKR), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan JKR. Melalui perbincangan bersama ini maka terhasillah beberapa persetujuan bersama antaranya ;

1.    One Stop Centre untuk JKR dan TM yang dapat memudahkan komunikasi bersama.
2.    Jadual Kadar Harga daripada pihak TM yang mana JKR akan menggunakan jadual ini untuk tujuan penyelarasan harga sebagai garis panduan pengalihan utiliti.
3.    Senarai nama Sub Kontraktor yang dipersetujui oleh pihak TM.
4.    TM juga akan membantu kontraktor untuk mendapat perolehan bahan bagi kerja-kerja pengalihan utiliti.
5.    Proses tuntutan pembayaran untuk kerja - kerja pengalihan utiliti juga telah dipersetujui bersama oleh TM, ICU, KKR dan JKR.


Disediakan oleh;
Urusetia
BRJ Zon Timur
Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan
Cawangan Jalan