Date: Rabu, Disember 20, 2023

MELAKA, 14 DISEMBER 2023: Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) Pengkomersialan Harta Intelek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di antara JKR dan Fulle Technic Sdn. Bhd. telah diadakan pada 14 Disember 2023 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka. Majlis ini telah menyaksikan acara menandatangani SST di antara YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE dan Encik Harman Ridza bin Illias, Pengarah Syarikat Fulle Technic Sdn. Bhd.Turut hadir ke majlis tersebut sebagai saksi adalah YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK) CREaTE dan Puan Haniz Hazirah binti Azahah, Eksekutif Pemasaran Syarikat Fulle Technic Sdn. Bhd.

Dengan termeterainya SST ini, maka Syarikat Fulle Technic Sdn. Bhd. diberi hak dan lesen untuk membuat serta memasarkan produk inovasi JKR iaitu ‘Universal Mud Grip Tyre’ dan ‘Ir. Cut and Compact’ bagi tempoh lima (5) tahun, berkuatkuasa dari tarikh SST ditandatangani.

Secara ringkasnya, Universal Mud Grip Tyre merupakan inovasi hasil reka cipta Kumpulan L-Tech dari JKR Daerah Lipis, Pahang. Inovasi ini dapat membantu pemandu kenderaan bergerak dengan lancar khususnya di jalan yang berselut dan berlumpur. Manakala, Ir. Cut and Compact merupakan inovasi hasil reka cipta Kumpulan Inspera dari JKR Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Inovasi ini berfungsi sebagai alat untuk melaksanakan kerja-kerja pemotongan dan pemadatan pothole (jalan berlubang). Alat ini mudah dikendalikan, menjimatkan kos operasi dan dapat mengoptimumkan tenaga kerja serta efektif.

TAHNIAH dan SYABAS kepada Kumpulan L-Tech dan Kumpulan Inspera, serta Jurutera Daerah Lipis dan Jurutera Daerah Tampin di atas kejayaan ini. Semoga ianya akan menyuntik semangat kepada seluruh warga JKR untuk terus berkreativiti dan berinovasi.

sst harta intelek

sst harta intelek

sst harta intelek

sst harta intelek