Date: Sabtu, Februari 16, 2019

Majlis Menandatangani Surat Setujuterima (SST) Tender untuk Sub-Kontraktor Dinamakan (Nominated Sub-Contractor) Sistem Mekanikal bagi Projek Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang telah diadakan pada hari Rabu, 13 Februari  2019 di Blok G, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (IPJKR), Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR dengan kerjasama dari HODT Mekanikal iaitu Bahagian Rekabentuk Kesihatan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR.  Majlis ini adalah yang julung-julung kalinya diadakan di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR dan bertujuan untuk menyegerakan penyediaan dokumen SST khususnya dan dokumen kontrak amnya bagi NSC Sistem Mekanikal.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia iaitu Dato’ Ir. Mohamad Sahimi bin Hj. Arshad (selaku Pegawai Penguasa (S.O) projek ini) bersama dengan Kontraktor Utama, SBAR Bina Sdn. Bhd serta NSC untuk sistem mekanikal seperti berikut iaitu :

1.     SBAR Bina Sdn. Bhd. – Sistem Peralatan Dapur (Kitchen Equipment System)

2.     RAF Synergy Sdn. Bhd. - Sistem Kelengkapan Unit Pergigian (Dental Chair System)

3.     Antah Bumimedic Sdn. Bhd. – Sistem Pensterilan dan Peralatan Makmal (Sterilizer and Lab Equipment System)

4.     Manshurin Drive Sdn. Bhd. – Sistem Reverse Osmosis (Reverse Osmosis System)

5.     Synar Setara Resources Sdn. Bhd. – Sistem Automasi Bangunan (Building Automation System)

Turut hadir bersama Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah, pasukan perekabentuk (HODT) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan ahli Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Terdapat sejumlah 12 perkhidmatan sistem mekanikal yang disediakan untuk projek ini terdiri dari Sistem perkhidmatan Lif, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Air Panas, Sistem Pneumatic Tube, Sistem Gas Perubatan, Sistem Penyaman Udara dan Pengalihan Udara, Sistem Automasi Bangunan, Sistem Pensteril dan Peralatan Makmal, Sistem Peralatan Dapur, Sistem Kelengkapan Unit Pergigian, Sistem Reverse Osmosis dan Sistem Liquidified Petroleum Gas.

Tempoh penyiapan projek untuk semua kerja-kerja NSC sistem mekanikal tersebut adalah sepertimana tempoh kontrak Kontraktor Utama iaitu sehingga 26 Jun 2020.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat bagi memenuhi aspirasi kerajaan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.