Date: Jumaat, September 15, 2023

Majlis Pecah Tanah bagi projek Pembinaan Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Keningau – Fasa 3 (Reka Dan Bina) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 13 September 2023 di tapak projek. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis ini telah turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM, YBhg. Datuk Awang Alik Bin Jeman, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah JAKIM (Pengurusan), Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi, Pengarah Bahagian Kewangan JAKIM, En. Nik Mohd Ridzuan Nik Yaacob, Timbalan Pengarah Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS), Dr. Baharudin Bin Othman, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2, Ir. Jasmi bin Wahab dan Ketua Pasukan Projek Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Puan Analiza binti Zakaria serta pegawai dan kakitangan daripada JPM, JAKIM, IPDAS, PPK2 JKR dan kontraktor.     

Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama, Tahun 2021 (RP1, 2021), RMKe-12 dengan kos keseluruhan sebanyak RM60 juta oleh Kementerian Ekonomi.

Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Cawangan Arkitek (CA), Cawangan Kontrak & Ukur Bahan (CKUB), Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) dan Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT) selaku Head of Design Team (HODT) serta diselia oleh Pasukan Projek Khas 2 selaku Pengarah Projek.

Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 24 Mac 2023 dan dijadualkan siap pada 23 Mac 2026. Projek secara tender terbuka ini dilaksanakan oleh syarikat Kentara Jaya Sdn. Bhd. yang pada ketika ini sedang giat menjalankan kerja-kerja awalan di tapak projek dengan status kemajuan kerja di tapak adalah mengikut jadual.

Di dalam ucapannya, YB Menteri telah menyatakan harapan supaya kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Beliau juga menekankan bahawa pemantauan secara berkala oleh pihak JKR juga adalah sangat penting bagi memastikan kemajuan dan kualiti kerja projek ini berada dalam kawalan. YB Menteri juga mengingatkan bahawa setiap tugas yang diamanahkan akan terhasil dengan sempurna sekiranya dilaksana dengan penuh rasa tanggung jawab dan nilai integriti yang tinggi.

JKR Malaysia berasa amat berbangga kerana telah diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini yang bertujuan untuk memberikan kemudahan fasiliti kepada IPDAS. Adalah menjadi hasrat pihak pelanggan agar projek ini dapat  memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya penduduk setempat serta di sekitar Sabah dan Sarawak. Projek ini juga secara tidak langsung dapat menjana pembangunan sosio ekonomi dan mewujudkan peluang pendidikan, industri baharu serta meningkatkan usaha pembangunan modal insan.

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah

pecah tanah keningau sabah