Date: Sabtu, March 27, 2021

PUTRAJAYA, 24 Mac 2021 - Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) telah mengadakan Majlis Pelancaran (Soft Launching) Aplikasi Mudah Alih Building Condition Assessment Rating System (BCARS) yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Muhamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Radzwan Bin Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) bagi menyempurnakan majlis pelancaran. Turut hadir bagi mengiringi pelancaran adalah Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) iaitu Hj. Shamsulakhmar Bin Abdul Munir dan Sr. Dr. Syamilah Binti Yacob dari Bahagian Pemantauan, Penilaian dan Korporat, CSFB. Majlis ini juga diadakan bersekali dengan Mesyuarat Pengurusan CSFB yang dihadiri oleh pegawai dari JKR Ibu Pejabat dan Unit Tentera Negeri.

Telah menjadi tanggungjawab JKR sebagai Jabatan Teknikal Negara untuk memeriksa bangunan kerajaan setiap tahun sebagaimana arahan di dalam Perintah Am, Bab E, Klausa 27, iaitu JKR patut memeriksa / membaiki bangunan semua rumah dan bangunan kerajaan dalam tiap-tiap daerah setahun sekali dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan. Dengan Arahan Perbendaharaan 182 (AP182), telah menyebabkan peningkatan dalam pelaksanaan pemeriksaan kepada JKR. Oleh itu, untuk memeriksa jumlah blok bangunan yang terlalu tinggi, terdapat kekangan pelaksanaan pemeriksaan yang dilaksanakan secara manual serta tidak konsisten dari segi penyediaan analisis dan laporan. Adalah menjadi satu cabaran dan peluang kepada JKR untuk membangunkan satu aplikasi yang menjadi teras JKR dalam pengurusan Aset sebagaimana Architecture JKR.

BCARS dibangunkan adalah cadangan penyelesaian kepada kerja-kerja operasi dalam pengurusan aset. BCARS terdiri daripada aplikasi mudah alih bagi kegunaannya di tapak serta sistem web bagi pengurusan, serta penyediaan laporan pemeriksaan. Aplikasi BCARS yang inovatif bertepatan dengan Tema 5, Pelan Strategik JKR (PSJKR 2021-2025) bagi mempercepatkan dan memudahkan pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian bangunan (BCA) sama ada bagi tujuan penarafan, keperluan kepada kerja pemulihan, ubahsuai dan naik taraf di samping keperluan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan  aset. BCA ini dilihat sebagai penyelesaian kepada pengurusan pengetahuan untuk menyediakan portfolio bangunan yang komprehensif dan penarafan lengkap melalui teknologi aplikasi mudah alih. BCARS juga dibangunkan adalah untuk cadangan penyelesaian kerosakan dan kecacatan bangunan disebabkan oleh ketidakcekapan dalam menguruskan kerja-kerja penyenggaraan, aktiviti pengguna dan juga kelemahan rekabentuk.

Hala tuju BCARS adalah berdasarkan teras Pelan Strategik Operasi (PSO KKR 2021-2025) dan Pelan Strategik JKR (PSJKR 2021-2025) bagi memastikan pelaksanaan yang menjurus ke arah pendigitalan negara dapat dicapai. Sebagaimana teras PSO KKR dapat mempertingkatkan keberhasilan penyampaian perkhidmatan dalam pengurusan aset. Bagi memperluaskan penggunaan teknologi, inovasi dan digital dalam penyenggaraan aset, JKR telah membangunkan dan menggunapakai inovasi yang dibangunkan sebagaimana di dalam tema 5 PSJKR bagi memastikan impak positif kerajaan terhadap kepercayaan dan keselesaan rakyat. Oleh itu, pemantapan tadbir urus organisasi dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, pembangunan dokumentasi serta latihan BCARS yang melibatkan Competency Index (CI) utama Juruukur Bangunan perlu diberi keutamaan disamping melibatkan disiplin-disiplin lain  di JKR bagi meningkatkan perkhidmatan berfokuskan pelanggan (cepat, tepat dan sistematik).