Date: Khamis, November 18, 2021

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) bagi Monsun Timur Laut 2021/2022 secara hybrid dan disiarkan di laman facebook JKR Malaysia.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 17 November 2021 bertempat di Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Blok F.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool​, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (CDPK), YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim​, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (CJ), YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), YBrs. Ir. Hj. Abd Rahman bin Pandi, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ketua-Ketua Bahagian Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) dan Seketariat Bilik Gerakan Bencana (BiGBen).

Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ini adalah merupakan inisiatif pihak Jabatan bagi tujuan One Stop Centre Pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh yang mana melibatkan jalan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya yang merangkumi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Selain itu, orang awam juga dapat mengetahui maklumat penutupan jalan dan maklumat jalan alternatif yang boleh dilalui ketika berlakunya bencana di Portal eBencana JKR di laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my.

Pada masa yang sama Protoype daripada pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2021 iaitu kumpulan dari JKR Segamat dibawa ke majlis tersebut untuk tujuan gimik pelancaran. Prototype tersebut dinamakan Easy Info Flood Level (EIFL) yang mana akan memudahkan penentuan tahap kenaikan paras air banjir di kawasan yang kerap berlaku banjir.

Adalah diharapkan dengan  Pembukaan Bilik Gerakan ini, iainya akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan juga semua masyarakat mengenai maklumat bencana.

Bersempena Majlis Pelancaran Pembukaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ini juga, YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah CSFJ, turut menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.