Date: Isnin, March 1, 2021

Pada 26 Februari 2021 (Rabu), telah berlangsung Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Perolehan Dan Pemantauan Kerja (S3PK) JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara maya di FB Live Rasmi JKR Malaysia. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Ir Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Matlamat utama S3PK dibangunkan adalah sebagai satu kaedah memudahcara proses kerja, menyimpan maklumat dan rekod prestasi kontraktor serta memudahkan pemantaun kerja sebut harga. Penyediaan dokumen juga dapat dipercepatkan dan diseragamkan, seterusnya boleh membantu meminimakan ‘human error’.

Melalui sistem ini juga, kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan memenuhi kriteria sepertimana ditetapkan, layak untuk memohon perolehan sebutharga. Justeru, pemilihan kontraktor adalah lebih telus dan saksama. Prestasi kontraktor sentiasa direkod dan dikemaskini di dalam sistem. Sistem ini dapat membantu jabatan melaksanakan proses sebutharga dalam tempoh yang lebih singkat

Sistem ini merupakan inisiatif jabatan untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada berkaitan perolehan sebutharga. di samping mendokong hasrat kerajaan untuk menjana dan memulihkan kembali ekonomi negara. Sistem S3PK ini akan digunapakai di seluruh JKR Negeri dan Daerah serta jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

Teks Ucapan Aluan KPKR untuk Pelancaran S3PK

Video Ucapan Pelancaran S3PK (link is external) (link is external)

Video Montaj Pelancaran S3PK