Date: Selasa, Disember 14, 2021

Satu majlis penganugerahan Green Computing Awards 2021 telah berlangsung di Kumpulan Industri – Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia ( MIGHT) Cyberjaya pada 13 Disember 2021. Majlis yang julung kalinya diadakan ini merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan Kumpulan Industri – Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia ( MIGHT) bersama-sama Badan Akreditasi dan Pensijilan Pengkomputeran Hijau, Green Computing Initiative (GCI). Tujuan GCA 2021 ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada agensi kerajaan yang komited terhadap inisiatif pengkomputeran hijau khususnya melibatkan pengurusan Pusat Data. Sebanyak lapan (8) kategori telah dipertandingkan untuk penganugerahan pada kali ini termasuk 1 anugerah kepada pemenang keseluruhan seperti berikut.

 

a) Best of Mechanical Engineering

b) Best of Electrical Engineering

c) Best of System Engineering

d) Best of Enviromental Control

e) Best of Monitoring & Reporting

f)  Best of Scalability & Resilience

g) Best of Management

h) Best of the Best

 

Kesemua kategori merangkumi pengiktirafan dari segi usaha serta keupayaan pasukan pengurusan Pusat Data Hijau di agensi masing-masing. Pusat Data, Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya telah memenangi anugerah bagi Kategori Best of Electrical Engineering. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba manakala JKR diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Sr. Amran Bin Hj. Mohd Majid. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ybhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin dan wakil daripada Bahagian Teknologi Maklumat.